Thursday, 12 January 2012

.:PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG PUNCAK ALAM F.C:.

Perlawanan persahabatan ini telah diadakan pada 11 Disember 2012 bagi menguji persefahaman diantara  pemain staf dan pelajar apabila digandingkan dalam satu pasukan. Lokasi perlawanan adalah di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Ceraka di mana padang ini dijadikan lokasi latihan sementara bagi pasukan UiTM Kampus Puncak Alam Dan Puncak Perdana sehingga padang di dalam kawasan Kampus Puncak Alam Siap dibina. Syabas kepada pemain yang bermain pada perlawanan ini kerana berjaya menamatkan perlawanan hanya dengan kehadiran 11 orang pemain sahaja. 





Pemain yang hadir pada sepak mula perlawanan.


Pemain pelajar yang turut hadir bagi memperkuatkan pasukan.


Jurulatih dan rakan-rakan.


Pengadil memberikan taklimat sebelum sepak mula.


Gaya seorang ketua pasukan.


Pemain bersalaman dengan pasukan lawan.


Penjaga gawang gol pasukan.. Mat Ju..

Tuesday, 10 January 2012

.: PIALA NAIB CANSELOR 2011 :.

Pada edisi 2011, kejohanan ini telah diadakan di UiTM Segamat dengan penglibatan 12 pasukan dari setiap negeri. Pasukan ini  telah menentang pasukan dari UiTM kampus Perak dan UiTM Kampus Intec, Shah Alam dalam peringkat kumpulan dan kalah kedua-dua perlawanan tersebut. Walau bagaimana pun, ada sedikit peningkatan prestasi yang ditunjukkanoleh pemain dan di kampus inilah semua pemain bermula azam untuk berlatih lebih awal untuk mengharungi kejohanan pada tahun hadapan.. Semoga Kejohanan Piala Naib Canselor edisi 2012 menjadi pemangkin kepada kejayaan kelab dan menjadi pasukan yang digeruni pada masa akan datang.



Pemain dan jurulatih UiTM KPA & KPP 2011


berehat selepas latihan kecergasan


amanat dari jurulatih sebelum sepak mula


 kecederaan yang berulang..


 fasio(berbaju hitam) yang ditugaskan oleh pengurusan bagi membantu pemain yang cedera..

latihan pemanasan badan sebelum pertandingan..

Sunday, 8 January 2012

.: PIALA NAIB CANSELOR 2010 :.

Pertandingan Bola Sepak Piala Naib Canselor 2010 telah diadakan di UiTM Arau, Perlis yang melibatkan 14 kumpulan mewakili kampus di setiap negeri . Pertandingan telah berjalan selama 2 minggu dalam bulan April 2010. Pasukan yang baru ditubuhkan selama 2 minggu sebelum pertandingan ini telah tewas pada peringkat kumpulan menentang UiTM Kampus Merbok dan UiTM Shah Alam. 

Pasukan Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana 2010.



sesi latihan pemanasan badan.


Kenangan selepas latihan 




Page is under construction.. tq